Selamat Datang!


Selamat Datang! Blog ini dicipta khusus bagi berkongsi idea bagaimana insuran serta takaful dari PRUDENTIAL dapat membantu anda serta keluarga dalam pengurusan kewangan seharian. Sila tinggalkan komen atau hubungi 017-4640089 untuk sebarang pertanyaan. Mohamad Hafis - mohamadhafis@prupartner.com.my - ED100321

Tuesday, February 1, 2011

Pengenalan Kepada Insuran Hayat

Apakah insurans hayat?

Dalam insurans hayat, sebilangan besar orang (dipanggil pemegang polisi) membayar sejumlah wang (premium) ke dalam suatu dana yang diurus oleh syarikat insurans. Apabila seseorang di dalam kumpulan itu ditimpa kesusahan, dia akan diberi sejumlah wang daripada dana tersebut untuk membantu meringankan kesusahannya.


Bagaimanakah saya membeli polisi insurans hayat?

Anda boleh memilih untuk membeli polisi insurans hayat daripada institusi kewangan seperti bank yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans, melalui broker insurans atau ejen insurans hayat.

Sekiranya anda membuat keputusan untuk membeli polisi insurans melalui ejen, sebelum berurusan dengan ejen, anda hendaklah berpuas hati dengan reputasi dan kelayakan ejen tersebut.

Semua ejen yang menjual insurans hayat adalah berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia [Life Insurance Association of Malaysia (LIAM)], dan dimestikan lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Institut Insurans Malaysia. Apabila berurusan dengan ejen, pastikan anda meminta untuk melihat kad kuasa beliau yang dikeluarkan oleh LIAM.


Kontrak polisi

Apabila anda membeli polisi insurans hayat, wujud kontrak di antara anda dengan syarikat insurans. Anda bersetuju untuk membayar premium bagi tempoh tertentu dan, sebagai balasan, syarikat insurans akan membayar kepada penama atau estet anda sejumlah wang berikutan kematian anda.

Sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal atau apa-apa situasi yang ditetapkan, bayaran akan dibuat kepada anda. Dalam kes hilang upaya menyeluruh dan kekal, wang itu biasanya dibayar secara ansuran.

Anda mestilah sentiasa membaca cetakan halus di dalam kontrak dan memahami had-had atau klausa pengecualiannya.


Mengapakah saya perlu membeli insurans hayat?

Anda mungkin ingin membeli polisi insurans hayat atas sebab-sebab berikut:
  • Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai dan obligasi-obligasi lain.
  • Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
  • Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
  • Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.
  • Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius atau kemalangan.

Walau apapun sebabnya, anda perlu berhati-hati apabila memilih polisi agar bersesuaian dengan keperluan anda. Ambillah masa untuk berbincang dengan syarikat insurans atau pengantaranya tentang polisi yang ingin anda beli.

Anda perlu mengisi borang permohonan yang menanyakan butir-butir peribadi dan perubatan anda, jenis polisi dan amaun perlindungan yang anda perlukan.


Pelepasan cukai pendapatan

Anda boleh menuntut pelepasan cukai terhadap premium yang anda bayar, tertakluk kepada terma dan syarat tertentu. Bagi polisi hayat biasa, amaun maksimum pelepasan ialah RM6,000 termasuk apa-apa sumbangan yang anda buat kepada skim manfaat persaraan yang diluluskan, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau skim-skim pencen yang lain. Bagi polisi perubatan atau pendidikan, pelepasan cukainya ialah RM3,000 setahun.


Apakah polisi yang patut saya beli?

Anda mestilah memilih jenis polisi yang paling sesuai dengan kedudukan diri anda. Sekiranya anda masih muda dan ingin memastikan pasangan dan anak anda akan terbela jika anda tiba-tiba meninggal dunia, insurans bertempoh adalah paling sesuai. Sekiranya anda telah berumur dan mempunyai keluarga yang lebih mantap, jenis premium tetap dan polisi yang mengumpul nilai tunai adalah lebih sesuai.

Anda hendaklah memahami skop perlindungan yang diberikan di bawah polisi, terma dan syarat serta kos perlindungan insurans yang berbagai. Anda juga harus mengetahui apa akan terjadi sekiranya anda ingin beralih daripada satu syarikat insurans kepada syarikat insurans yang lain, atau sekiranya anda ingin berpindah daripada satu jenis polisi kepada polisi lain.

No comments:

Post a Comment